TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Peningkatan kemasukan kereta ke Melaka Bandaraya Bersejarah amat memberangsangkan sempena cuti sekolah ini. 3 jalan masuk dari lebuhraya Utara-selatan menjadi pintu utama ke negeri Melaka. Pada 6 Jun yg lepas dicatatkan adalah seperti berikut:

 

PERSIMPANGAN KELUAR                    JUMLAH KERETA

 

Simpang Empat                                     15,984

Ayer Keroh                                            23.360

Jasin                                                     1,712

 

JUMLAH KERETA                                 : 41,506

 

Ini adalah bilangan terbanyak dalam beberapa tahun.

 

SUNGAI MELAKA CRUISE

 

Ini juga mencatatkan jumlah pungutan terbanyak dalam tempoh satu hari pada 6 JUN 2009 iaitu dengan jumlah

RM 52,656.00. Ini adalah kutipan terbanyak dalam sejarah Melaka setakar ini

 

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam memastikan hidangan pelancungan yang terbaik kepada para pengunjung.

 

TIDAK LUPA KEPADA PENGUNJUNG,

MELAKA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SEMUA PELANCUNGAN DALAM DAN LUAR NEGERI UNTUK MELIHAT dan MENIKMATI PRODUK PELANCUNGAN NEGERI BERSEJARAH INI

ULAMA TETAP PERLU PEMIMPIN

SAYA MENGALU-ALUKAN KENYATAAN BERIKUT :

DAR PRESIDEN DUNIA MELAYU, DUNIA ISLAM

 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata walaupun Pas bukan parti yang memerintah Negara, tetap reality politik semasa memerlukan pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.

 

Katanya, terdapat segolongan kecil daripada penyokong Pas yang cuba memperkecilkan dan menidakkan sumbangan golongan itu dalam memajukan parti tersebut.

 

Yang lebih malang mereka menggunakan teknologi canggih seperti ruangan blog, facebook, list group dan media elektronik lain untuk memburukkan peribadi, menyerang ulama, atas nama kebebasan yang melulu tanpa batasan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, hari ini.

 

Beliau yang tidak mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan kali ini turut mengingatkan betapa pentingnya ulama meneruskan perjuangan para nabi dan bagi tujuan tersebut mereka haruslah terlebih dahulu melengkapkan diri dalam segenap aspek dan sanggup memimpin perubahan dalam diri.

 

Dalam ucapan bertemakan ‘Meneruskan perjuangan para Nabi’, beliau menggariskan lima langkah untuk memperkasakan kepimpinan ulama dalam Pas iaitu memahami isu dan hal semasa, mengaitkan ilmu dalam kitab dengan hal semasa, menyakinkan ahli dengan idea-idea baru, menjadi pembantu yang dapat membina imej dan menyampaikan idea dalam media Pas.

 

Mohamed Daud menegaskan, pengalaman Pas semasa membentuk kerajaan campuran, mewujudkan kerjasama dengan parti-parti kecil membentuk Angkatan Perpaduan Ummah, mencetuskan gerak dan barisan alternative, menganjurkan pakatan pembangkang, memgetengahkan idea kerajaan mengetengahkan idea kerajaan perpaduan dan beberapa gagasan lain merupakan petunjuk besar bahawa ulama dalam Pas tidak pernah ketandusan idea dalam kerjasama politik.

 

Pendekatan yang dinyatakan ini, menolak pandangan setengah pihak bahawa ulama Pas adalah beku, jumud, tidak bermaya, tidak proaktif dan pelbagai lagi tohmahan yang cuba merosakkan penampilan ulama dalam arus politik semasa.

           

Kita juga mendengar cakap yang kurang enak mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan Pas, tidak mahu berkompromi dengan professional dan macam- macam lagi. Di luar sana, ada di kalangan ahli dan penyokong ulama dalam memimpin dan mentadbir’, katanya.

 

Bagi menjawab tohmahan tersebut, Mohamed Daud menggariskan empat kategori ulama iaitu ulama yang berilmu tinggi tetap tidak cekap mentadbir, ulama yang berilmu dan cekap mentadbir, ulama yang kurang ilmu tetapi cekap mentadbir dan ulama yang kurang segalanya.

 

Sehubungan itu beliau menyarankan para ulama meneruskan usaha meningkatkan ilmu agama dan pengurusan sehingga mereka menjadi golongan kedua iaitu mempunyai ilmu yang tinggi dan tahu mentadbir.

 

Usaha inilah dinamakan memprofesionalkan ulama. Jika ulama dalam keadaan tertentu masih belum dapat mentadbir dengan baik, adalah menjadi tugas rakan- rakan professional dalam Pas atau ulama yang kurang ilmunya tetapi boleh mentadbir bersama-sama mendokong kepimpinan ulama, katanya.

DAP TIDAK MENGHORMATI PAS DAN PKR

Kejadian memboikot majlis angkat angkat sumpah Majlis Perbandaran Seberang Prai jelas menunjukkan DAP dan YAB. Lim Guan Eng yang sebenar, iaitu yang bersikap diktaktor dan langsung tidak menghormati PAS dan PKR.

 

Maka DAP patut digelar Dictator Action Party dan Pakatan Rakyat digelar Pecahbelah Rakyat sebab itu DAP Melaka menolak Lim Guan Eng dan kalah bertanding walaupun Jawatankuasa. Sekarang DAP peralatkan PKR dan PAS

RAKYAT JANGAN KELIRU DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA

Suka saya mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan propoganda pihak-pihak tertentu yang sengaja memutar belitkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Pelbagai isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang yang ternyata boleh menggugat keharmonian antara kaum di negara ini.

 

Ada pihak-pihak tertentu yang secara sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan memberikan pelbagai tafsiran terhadap konsep ‘1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ mengikut persepsi masing-masing.

 

Kita yakin Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berlaku adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa ataupun keturunan dalam melaksanakan agenda pembangunannya. Semua rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak timbul sama sekali soal beri lebih atau dapat kurang,

 

Konsep 1 Malaysia memberikan pengertian yang cukup jelas tentang betapa pentingnya menjaga perpaduan serta memupuk keharmonian antara kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Konsep 1Malaysia juga tidak bererti kita bertindak sewenang-wenangnya mahu merampas hak atau kepentingan kaum lain, kononnya atas dasar kesamarataan. Ia juga jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk menuntut yang bukan-bukan. Inilah taktik dan tafsiran jahat puak-puak yang tidak bertanggungjawab. Mereka lakukan semata-mata mahu menimbulkan kegelisahan dan menghasut rakyat agar membenci Kerajaan,

 

Saya percaya tidak ada satu agama pun yang mahu pengikutnya menganjurkan suasana kurang tenteram atau permusuhan sesama manusia, Saya menyeru kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Melaka sama-sama menjayakan konsep 1Malaysia yang menjadi gagasan penting memperkukuh perpaduan nasional. Yang penting semua kaum kena lebih toleransi dalam memperjuangkan kepentingan masing-masing dan saling menghormati demi kepentingan bersama.

K10 BN MESTI SIAP SEDIA UNTUK PRU 13 MULAI SEKARANG

Bagi memastikan Barisan Nasional terus menerajui Negeri Melaka maka kita perlu membuat persiapan lebih awal supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja jika terjadinya pilihanraya. Program mendekati rakyat dan turun padang di kalangan pemimpin sekarang merupakan langkah yang penting untuk meyakinkan semula pemikiran rakyat supaya membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya ke 13 nanti. Bagi memastikan kejayaan ini maka bantuan semua parti komponen adalah penting supaya misi dan visi ini mampu dicapai dengan cemerlang. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas petugas K10 pada pilihanraya yang lepas kerana dengan dengan usaha mereka ini maka BN melaka masih memegang tampuk kepimpinan negeri.Saya berharap mereka ini terus berusaha membantu untuk merampas semula kerusi dari tangan pembangkang pada masa akan datang.

PENJAWAT AWAM MESTI FAHAM KONSEP SEBENAR INTEGRITI

Kepada semua penjawat awam dan khususnya di Melaka, saya mengharap semua mestilah memahami secara mendalam konsep integriti dengan memberi perhatian serius terhadap kaedah perlaksanaannya.

 

Integriti bukan konsep yang hanya dilaung-laungkan sahaja sebaliknya ia perlu dihayati sepenuhnya oleh setiap penjawat awam bagi membentuk modal insan sektor awam yang cekap, mahir dan berkaliber. Kita tidak mahu integriti ini hanyalah konsep yang dilaung-laungkan sahaja, sedangkan dalam masa yang sama perbuatan yang bertentangan dengan integriti terus berleluasa dalam masyarakat.

 

Integriti merupakan rempah-ratus dalam pembangunan modal insan kearah membangunkan negara. Tiga komponen utama mestilah diberi perhatian yang sama dalam membangunkan modal insan ini iaitu MINDA, JASMANI dan ROHANI untuk melahirkan pekerja yang berilmu, berkemahiran, berproduktiviti tinggi, sihat dan berintegriti,

 

Penjawat awam yang mantap integritinya akan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan sepertimana yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

 

Sebagai langkah pertama ke arah memantapkan integriti, semua penjawat awam hendaklah berusaha mengikis persepsi negatif masyarakat terhadap anda dengan mengubah sikap dan memberhentikan amalan-amalan yang kurang sihat itu. Sejak Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan,

 

Kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pendekatan terbaik dan melipatgandakan usaha untuk menangani gejala-gejala negatif dari terus berakar umbi dalam masyarakat.

 

Kita perlulah menyedari bahawa persekitaran masyarakat yang kita pimpin hari ini sudah jauh berbeza dan kita perlu sentiasa insaf dan sedar bahawa dalam pilihan raya lalu rakyat memberikan mandat besar dan harapan tinggi kepada Kerajaan.

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA CAWANGAN UMNO BAGI TAHUN 2009

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan 2009 (15 Mei hingga 30 Jun 2009) kepada 385 cawangan UMNO dalam negeri Melaka. Saya mengharapkan kita dapat menjalankan salah satu kewajipan kita sebagai Ahli UMNO ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Marilah kita terus memantapkan UMNO ini demi agama, bangsa dan tanahair.

 

UMNO dulu, kini dan selamanya

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

KPI BAGI MEMANTAPKAN UMNO DAN SERTA BN

UMNO sebagai tunjang utama kekuatan Kerajaan BN mesti diperkasakan terus menerus supaya sentiasa relevan dengan aspirasi perjuangan bangsa dan kehendak ahli dan rakyat khususnya. Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) boleh dijadikan kayu pengukur bagi menilai prestasi para pemimpin UMNO dan BN semua peringkat ke arah mengembalikan semula keyakinan rakyat.

 

Sebagai contoh keberkesanan Unit Pemantauan Wakil Rakyat yang dipraktikkan sebelum ini dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di peringkat akar umbi dan sudah sampai masanya ini diserapkan kepada pengurusan kepimpinan politik di semua peringkat. Unit ini sekarang dikenali sebagai Unit KPI dan skopnya diperluaskan lagi di semua peringkat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertujuan menangani segala isu yang membabitkan kepentingan rakyat agar mereka sentiasa mendapat pembelaan dari Kerajaan.

 

Saya juga mengingatkan bahawa UMNO Negeri Melaka tidak pernah tewas dalam pilihan raya dan juga Melaka adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang perlu dipertahankan oleh setiap ahli UMNO dan komponen BN. Hakikat ini jelas membuktikan UMNO Melaka telah banyak menyelesaikan masalah rakyat. Saya mahu melihat semangat dan kekuatan UMNO yang sedia ada ini perlu dipelihara, jangan sekali ahli-ahli UMNO dan orang Melayu sendiri terpengaruh taktik kotor parti pembangkang yang mahu menghancurkan orang Melayu, oleh itu saya menyeru orang Melayu bersatu di bawah parti keramat UMNO kerana parti ini telah banyak membela nasib orang Melayu sejak negara ini mencapai kemerdekaan lagi,

 

Suka saya menyatakan dan menasihatkan supaya pemimpin UMNO dan BN di semua peringkat sentiasa mendekati rakyat dari pelbagai kaum. Parti kompenan BN hendaklah terus menjalin kerjasama dengan orang Melayu dengan lebih akrab lagi. Untuk itu, para pemimpin mestilah memahami isu-isu sebenar membolehkan segala dakyah parti pembangkang dapat ditangani. Saya mulai rasa bimbang kerana orang Melayu kini berpecah belah dan ada di antara orang Melayu sejak kebelakangan ini begitu kuat menyokong DAP dan PKR pada hal kedua-dua parti tersebut sentiasa menimbulkan isu-isu yang mencetuskan kemarahan orang Melayu sendiri.

 

Begitu juga parti PAS yang bijak mengelirukan orang ramai terutama masyarakat di luar bandar dengan menggunakan agama sebagai senjata untuk meraih undi. Ceramah mereka amat mengelirukan dan ada kalanya bersifat bohong dan dusta asalkan partinya mendapat sokongan,

 

Apa cara sekali pun UMNO perlu diperkasakan kerana semangat UMNO kini bertambah baik. Perlu diingat tanpa UMNO nasib orang Melayu makin gelap dan sukar untuk dipulihkan.

IKON BARU PELANCONGAN MELAKA - KAPAL RAJA MELAKA

Kerajaan Negeri akan membina “Kapal Raja Melaka” berhampiran Dataran Sungai Melaka sebagai produk pelancongan terbaru di negeri bersejarah ini. Replika Kapal Raja Melaka bakal dibina itu merupakan sebuah senibina kapal Diraja yang digunakan semasa zaman pemerintahan Kesultanan Mansor Syah kurun ke-15.

Pembinaan kapal tersebut mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sepenuhnya dengan kos RM4.9 juta. Kapal tersebut mempunyai tiga tingkat dengan ketinggian 46 meter meliputi keluasan seluas 120 x 26 meter persegi.

Kapal Raja Melaka apabila beroperasi nanti, turut dilengkapi dengan pusat promosi kayu-kayan yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung menaikkan imej serta memperkasakan Senibina Maritim tempatan dan juga menunjukkan kehebatan kayu-kayan yang terdapat di negara ini.

Kapal ini dapat menampung seramai 150 pengunjung dalam satu-satu masa dan kita mensasarkan seramai 360,000 pelancong setahun yang akan mengunjungi kapal tersebut. Ini menjadi ikon baru bagi menarik tumpuan pelancong untuk datang ke Melaka, sekaligus menceritakan tentang sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka ketika belayar dari Melaka ke negeri China dan mengadakan hubungan diplomatik dasar luar dengan Maharaja China pada ketika itu.

Rakyat negeri ini harus berbangga kerana negara luar tidak mempunyai produk pelancongan seperti ini. Kita mengingatkan kehebatan Melaka pada masa lampau.

KEGEMILANGAN BERULANG KEMBALI.

SATU MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010

Konsep ‘Satu Malaysia, Melaka Maju 2010′ akan dijadikan suntikan baru dalam usaha Kerajaan Negeri melaksanakan strategi dan program pembangunannya bagi mencapai status negeri maju menjelang 2010.

 

Tema ini adalah selaras dengan konsep yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Sebagai pemimpin di semua peringkat, kita wajib bekerja lebih gigih bagi memastikan nasib rakyat dapat diberi perhatian dan dibela dengan sewajarnya. Pastikan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan dan marilah kita bekerja keras ke arah pembangunan negara dan negeri Melaka.

 

Empat perkara asas dalam konteks menuju Melaka Maju 2010 akan dibawa seiring dengan manifestasi Kerajaan Persekutuan dengan konsep dikongsi bersama membabitkan perkara berikut:-

 

1: Nilai integriti dan piawaian atau standard untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.

2: Bakat dan kebolehan yang sangat diperlukan dalam menempuh saat-saat yang amat mencabar ini.

3: Ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada parti dan Kerajaan, terutamanya tanah air.

4: Kebersungguhan dan bersemangat tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing sebagai persiapan menempuh abad baru.

 

Dalam tempoh 227 hari lagi, semua pihak hendaklah bekerja gigih dan melipatgandakan usaha. Rakyat hendaklah dimaklumkan mengenai tindakan-tindakan yang hendak kita laksanakan supaya mereka dapat bersama-sama merasai detik-detik Melaka Maju 2010,