PRESTASI EKONOMI MELAKA SEPARUH PERTAMA 2008 MEMBERANGSANGKAN

Pengenalan

 

1.                   Mengikut unjuran banyak pihak, termasuk Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, lanskap geo-politik dunia pada tahun ini lebih hostile dan pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan daripada 2007. Antara faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan itu ialah lonjakan harga minyak mentah, krisis makanan dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat yang selama ini dianggap sebagai jentera pertumbuhan ekonomi dunia.

 

2.                   Justeru itu, anggaran asal pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2008 telah dipinda dari 4.8% kepada 3.7%, Amerika Syarikat daripada 1.9% kepada 0.5%, China daripada 10.0% kepada 9.3% dan Jepun daripada 1.7% kepada 1.4%.

 

3.                   Oleh kerana ekonomi Malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka di mana tahap globalisasinya adalah di kalangan top 25 (mengikut Globilasation Index, Malaysia berada di tangga ke-24) maka negara kita tidak boleh terlepas daripada impak prestasi ekonomi dunia. Namun impak tersebut bolehlah dikurangkan jika kita bijak menguruskan ekonomi kita, seperti memiliki fundamentals yang kukuh serta sektor domestik yang mantap dan rancak.

 

4.                   Sesungguhnya asas-asas ekonomi kita adalah kukuh dan permintaan domestik terus merangsang pertumbuhannya. Lantaran itu, baru-baru ini,  Menteri Kewangan Ke-2, YB Tan Sri Nor Mohamed  Yakcop, telah mengesahkan bahawa ekonomi Negara kita telah berkembang pada tahap yang memuaskan pada pertengahan pertama 2008.

 

5.                   Anggaran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 semasa pembentangan Belanjawan 2009 pada 29 Ogos nanti. Ia diunjurkan berkembang pada kadar sederhana.

 

Prestasi Ekonomi Melaka Separuh Pertama 2008

 

6.                   Saya telah menyemak prestasi ekonomi Melaka bagi separuh pertama 2008. Daripada 13 indikator terpilih, kesemuanya mencatatkan pertumbuhan positif, kecuali inflasi. Ia menunjukkan pertumbuhan ekonomi Melaka adalah memberangsangkan.

 

7.                   Sektor pelancongan terus berkembang pesat ekoran daripada kebanjiran 3.25 juta pelancong; meningkat sebanyak 17.3% berbanding -2.6% di peringkat Malaysia dan 5% di peringkat dunia. Peningkatan ini di corroborate oleh kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak 18.7% kepada RM14.6 juta, sekalipun threshold bayaran cukainya telah dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM3 juta.

 

8.                   Kerancakan aktiviti perniagaan yang disokong oleh kekuatan kuasa beli dapat diukur daripada peningkatan jualan hasil pembuatan sebanyak 24.7% kepada RM24.7 bilion serta kenaikan eksport dan import negara masing-masing sebanyak 14.6% dan 7.2% yang mana kenaikan tersebut turut disumbangkan oleh Melaka.

 

9.                   Aktiviti ekonomi turut disuntik oleh pelaburan yang bertambah kira-kira 25% kepada RM73.2 juta dan kenaikan jualan kenderaan sebanyak 19.2% kepada 12,205 buah. Buktinya cukai jualan mengukuh hampir 2% kepada RM153.6 juta.

 

10.               Yang amat menarik dan perlu diberi perhatian ialah peningkatan permohonan pelaburan yang mana nilainya telah melonjak 31.5%, dari RM235.2 juta kepada RM309.2 juta. Peningkatan yang kukuh ini menjadi barometer mengenai keyakinan mantap para pelabur yang berterusan terhadap Kerajaan BN. Sekali gus, ia menafikan bahawa masyarakat pelabur dan peniaga meragui kestabilan Kerajaan.

 

11.               Kerancakan ekonomi sudah tentu menjana peluang pekerjaan baru dan menambah pendapatan. Hakikat ini di corroborate atau dibuktikan oleh kadar pengangguran yang rendah pada suku pertama 2008 iaitu sebanyak 1.6%; menurun daripada 2.5% pada tempoh yang sama tahun 2007 dan jauh lebih rendah daripada threshold 4% yang ditetapkan oleh ILO. Kadar tersebut juga merupakan yang terendah di seluruh negara dan Melaka berada di kedudukan yang enviable ini sejak suku ketiga 2007.

 

12.               Penambahan pendapatan melalui aktiviti ekonomi dapat dilihat melalui kenaikan jualan kenderaan, seperti yang disebutkan tadi. Selain daripada itu, kekuatan kuasa beli turut didokong oleh kenaikan pendapatan pekebun kecil getah dan kelapa sawit kerana pendapatan mereka melonjak ekoran daripada pengukuhan harga komoditi berkenaan.

 

13.               Pendapatan hasil getah telah melompat sebanyak 25.7% kepada RM322.1 juta manakala pendapatan dari kelapa sawit pula telah melonjak sebanyak 60.8% kepada RM294.5 juta.

 

14.               Daripada 13 indikator berkenaan, hanya kadar inflasi yang perlu dipantau dan dikawal kenaikannya. Diakui bahawa, pada kadar 8.6% bagi bulan Jun lepas, ianya agak tinggi berbanding Malaysia (7.7%).

15.               Suatu yang unik mengenai kadar inflasi kali ini ialah ianya umpama tsunami kerana ia melanda seluruh dunia dan serangannya hebat sekali. Sebagai contoh, kadar inflasi pada bulan yang sama di Venezuela adalah sebanyak 32.2%, Vietnam (26.8%), Mesir (20.2%),  Filipina (11.4%), Indonesia (11%) dan Thailand (8.9%).

 

16.               Berbagai-bagai inisiatif telah diusahakan untuk menangani tsunami inflasi ini. Dengan pelbagai pakej diperkenalkan oleh kerajaan dan disokong pula oleh majikan melalui peningkatan kecekapan (cost efficiency), peningkatan produktiviti oleh para pekerja, harga jualan yang berpatutan oleh masyarakat peniaga serta perbelanjaan berhemah oleh pengguna sendiri maka, saya yakin, kadar kenaikan harga runcit ini dapat diperlahankan.

 

17.               Pada masa yang sama, pendapatan rakyat perlu ditingkatkan kerana dua senjata kembar Siam yang berkesan untuk melawan inflasi ialah dengan mengurangkan kos dan menambah pendapatan.

 

18.               Saya menjangkakan bahawa kadar inflasi akan mula menurun pada suku kedua tahun depan, setelah mengalami kenaikan pada bulan Julai dan bulan-bulan seterusnya ekoran daripada sambutan pelbagai perayaan. Kejatuhan harga minyak mentah sebanyak 17% dari paras tertingginya adalah satu petanda yang positif ke arah penurunan kadar inflasi.

 

19.               Pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan akan mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar ini. Sekali gus ianya boleh menurunkan harga komoditi tersebut. Namun, dari sudut pendapatan kerajaan, kejatuhan harga minyak mentah akan merugikan pula Malaysia kerana 40% pendapatannya adalah dari komoditi berkenaan. Ini bermakna kemampuan kerajaan berbelanja untuk rakyat akan berkurangan sebanyak itu.

 

20.               Harga minyak mentah kelapa sawit juga telah menurun sebanyak 30% dari paras tertingginya pada tahun ini. Justeru kos bagi produk-produk yang berasaskan minyak sawit harus menurun, jika kos input yang lain tidak naik lebih pantas daripada penurunan harga minyak sawit. Hakikat yang turut perlu diterima ialah kejatuhan pendapatan pemilik dan pekerja ladang/kebun kecil kelapa sawit.

 

21.               Senario yang sama akan dapat dilihat di sektor getah, ekoran dari permintaan  dunia yang lemah.

 

22.               Berita yang mengembirakan ialah kejatuhan harga beras di pasaran dunia sebanyak 20% dari paras tertingginya pada tahun ini. Berikutan dari kejatuhan tersebut, harga beras Siam wangi, misalnya, telahpun diturunkan oleh peniaga.

 

Prestasi Ekonomi Melaka Separuh Kedua 2008

 

23.               Mengambil kira lanskap ekonomi yang saya nyatakan tadi, saya menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi Melaka pada separuh kedua 2008 akan perlahan sedikit berbanding separuh pertama sebelumnya. Namun ianya terus positif hingga akhir tahun ini.

 

24.               Berdasarkan data-data awal itu dan lanskap ekonomi dunia yang lembab, diunjurkan pertumbuhan ekonomi Melaka bagi tahun ini sekitar 5.5 % - 6%. Kadar ini dijangka lebih baik dari kadar pertumbuhan ekonomi negara dan jauh lebih tinggi dari kadar pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.7%.

5 Responses to “PRESTASI EKONOMI MELAKA SEPARUH PERTAMA 2008 MEMBERANGSANGKAN”


  1. 1 Alson Gan

    Dear Dato seri Ali Rustam,

    Thank You for developed well for Malacca since BN wons major in 6 years ago untill today so famous untill ‘Melaka Raya Jam’ in weekends.

    I hope Tuan can give me a opportunity to gv some comment coming soon in air keroh area.

    Refer to last months newspaper,goverment melaka going build a Race Circuit in Dec08.Nows a day,our malacca is really need a legal track for legal motorsport.To prevent illegal racing on the road.

    My suggestion is This circuit can be more longer with atleast 2km-3km for F3 spec requirement.Above website is a very old track in Japan>Tsukuba Circuit,but untill today still very famous and important for Japan motorsport forcusing circuit.

    For your information,every week singaporeon going to Sepang Circuit for motorsport,so we can attrack them to nearer malacca.once malacca
    track famous in Singapore,teenager market will increace but our track
    Must be International and not is just 1.63km…must longer abit.We invest in long term market,we MALACCA can organize many international
    Event such as MME,JCTC,F3,Sprint test…..

    Pls refer below website for your references:

    http://www.jasc.or.jp/outline/courseguide/img/course2.gif

    Before finishing,i need take this opportunity Thanks to MAlacca Goverment for contribute for Bandaraya Bersejarah Malacca;
    Berjuang untuk Melaka,Boleh !

  2. 2 mabam_corp

    Dear Datuk seri Ali Rustam,

    Thanks you for developed for Malacca.I hope you can improve Melaka economics situation refer from price inflation soared to a 26-year high in June.

    Malaysia’s consumer price inflation soared to a 26-year high in June, official data showed Wednesday, heightening expectations that the central bank will hike interest rates at its meeting later this week.

    The consumer price index rose by 3.9% month-on-month in June to 7.7% year-on-year, Malaysia’s department of statistics reported Wednesday. In comparison, the CPI index rose by 3.8% in May.

    The main reason for the surge in inflation is the substantial rise in the price of petrol and diesel announced by the Malaysian government in early June.
    June’s inflation surge “will likely oblige Bank Negara to raise the overnight policy rate, probably as soon as the July 25 policy meeting, after holding it steady at 3.50% for the past two years,” said analysts at Action Economics. Bank Negara is Malaysia’s central bank.

    In other inflation news, the Asian Development Bank (ADB) warned in a new report issued on Tuesday that emerging Asia’s growth outlook remains vulnerable to a higher-than-expected spike in inflation.

    Core inflation, a measure of price increase that excludes food and energy costs, is rising across Asia, the ADB said. The bank warned that many Asian countries remain behind the curve when it comes to tightening rates. The ADB also said that allowing more exchange rate flexibility can help mitigate imported inflation.

    Lastly, thanks to Datuk Seri and Malacca Goverment for contribute for Bandaraya Bersejarah Malacca;Please help us to suffer this situation.

    “Takkan Melayu Hilang Di dunia”

  3. 3 ORANG KAMPUNG

    DATUK,SAYA MEWAKILI PENDUDUK KG TANAH TERSUSUN BKT LARANG MERAYU DATUK MENJENGUK KAWASAN KAMI,NAMPAKNYA ADUN TELUK MAS TAK BUAT KOJE,JALAN KG BERLUBANG MACAM LEPAS PERANG,SEOLAH2 TAHUN 60-AN,APAKAH INI NAMANYA PEMBANGUNAN,RISAU LAH DATUK TAKUT PRU13 NANTI KAMI TERPANGKAH PAS PULAK,MAKLUMLE KEPALA DAH PENING ASYIK LANGGAU LUBANG KAT JALAN

  4. 4 ORANG UMBAI

    SAYA NAK CADANGKAN PADA KERAJAAN MELAKA UNTUK MINTA KTMB SAMBUNG LANDASAN KOMUTER DARI SEREMBAN KE BANDAR MELAKA,SAYA CADANGKAN STESEN DI BUAT DI MITC ATAUPUN AYER KEROH,SETIDAK2 NYA MEMUDAHKAN ORANG MELAKA YANG ADA URUSAN DI SEREMBAN DAN KUALA LUMPUR,KALAU DILIHAT SECARA JANGKA PANJANG SUDAH TENTU MENGUNTUNGKAN,PELANCUNG DALAM DAN LUAR NEGERI PUN SENANG NAK DATANG KEMELAKA ,HARAP YAB KM MELAKA AKAN AMBIL BERAT CADANGAN INI,MEMANGLAH KOS PEMBINAAN MUNGKIN TINGGI,TAPI SUMBANGAN DARI PROJEK SEPERTI INI UNTUK SEKTOR PELANCUNG DAN LAIN2 HARUS DIAMBIL KIRA.SAYA PERCAYA PADA MASA2 AKAN DATANG PROJEK KOMUTER INI BANYAK FAEDAHNYA

  5. 5 ORANG AYER KEROH

    SAYA SOKONG CADANGAN ORANG UMBAI,HARAP DATUK SERI AKAN AMBIL INISIATIF MENKAJI KEMAJUAN DARI PROJEK INI PADA EKONOMI NEGERI MELAKA,

Leave a Reply