HAYATI DAN FAHAMI IKRAR RUKUN NEGARA

RUKUNEGARA :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KADAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

 

Fahamilah rukun negara ini dengan teliti kesetiaan kepada raja dahulu selepas itu bolehlah setia kepada negara dan ikrar ini selalu dibaca pada hari kemerdekaan dan dibaca pada hari pertama kita bersekolah dulu dipagi hari.

10 Responses to “HAYATI DAN FAHAMI IKRAR RUKUN NEGARA”


  1. 1 Syafiq

    Assalammualaikum,

    tetapi Datuk Seri, kepercayaan kepada Tuhan itu datang dahulu dari kesetiaan kepada raja dan negara.

    dipetik dari http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/12/15662/

    Keenganan DS Nizar meletak jawatan bila di titahkan oleh raja adalah seperti sabda Nabi SAW kepada sahabat besar Uthman bin Affan r.a. iaitu:-

    hadithuthman

    “Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

    Jadi, adakah derhaka jika seorang pemimpin Muslim mengikut sunnah Nabi SAW?

  2. 2 BBS

    BODOH!!.. Buatapa setia pada raja yang tak adil. la ni bukan zaman dulu weh… Kerna wang bagi british masuk ke Tanah Melayu… kerna wang jual singapura kat cina…. kerana perempuan dah jadi pembunuh… kerana kuasa jual maruah diri macam katak 2 ekor yang melompat.

    PS: Lebih baik Fahami RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN… selamat dunia akhirat.

  3. 3 kontraktorwibawa.blogspot.com

    Saya rasa sedih, geram dan kecewa dengan nukilan yang terdapat di Buku pelawat DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semacam saya berada di zaman puak Gasar, puak kanibal yang tidak tahu adab sopan, tidak tahu tata susila serta tidak langsung menghormati Sultan / Raja sendiri.

    Komen-komen yang tidak beradab ini akan pula dibaca serta diterjemahkan oleh bangsa-bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Adakah kita akan rasa bangga menjadi bangsa yang berjaya memalukan dan mencaci maki rajanya sendiri?

    Jika kita berani berkelakuan serta mengeluarkan kata-kata kesat begitu kepada raja sendiri, jangan fikir bangsa lain akan menghormati raja kita malah mereka akan buat yang lebih hina dari itu kepada kita dan raja kita.

    Bangsa kita ni kecil sahaja, tiada apa-apa keistimewaan pun di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka cuma kenali kita dengan perkataan ‘AMUK’. Mungkin hanya itu sahaja kelebihan yang bangsa kita ada.

    Perkara ini jika dibiarkan akan mewujudkan satu masyarakat yang tidak lagi menghormati institiusi beraja. Keadaan ini sangat berbahaya untuk negara majmuk yang mana bangsa asalnya masih belum sedia berdikari dan masih ramai dibelenggu kemiskinan serta mengharap raja sebagai payung mereka.

    -Kontraktorwibawa.blogspot.com

  4. 4 Lembaga Adat

    Datuk Seri, Ini rukum politi. itu perlukan nak mengundi BNlagi.

    Sebelum ini undi Melayu macam tak penting. Kononnya undi minoriti Cina dan India dianggap undi penentu.

    Peruntukan juta2 kepada persatuan cina dan india diberi seperti di dan PRK Ijok tahun 2007 dan di permatang Pauh serta Kuala Trengganu tahun 2009.

    UMNO memberi kerusi pilihanraya pada bukan Melayu meskipun tempat tersebut lebih 90% pengundinya Melayu.

    Alasan UMNO supaya ada wakil kaum dalam kerajaan, walaupun kaum itu sendiri tidak mahu menyokong.

    Tetapi jika bercakap pasal UMNO sahaja dikaitkan rasuah. Macam lah orang UMNO laparkan sangat dengan rasuah

    Kalau orang Melayu senang, dikatakan sebab tongkat, rasuah, kroni dan mcm2 lagi.

    Lepas pilihanraya mereka mengutuk UMNO dengan teruk, kononnya suka membuli, tak releven parti asaskan kaum, konon BN kena ubah keahlian.

    Semasa BN menang di Pulau Pinang, Parti Gerakan mahukan kerusi Ketua Menteri, sedangkan mejoriti ADUN ialah UMNO.

    Jadi apakah releven mengundi UMNO lagi kalau tetap 2 x 5 mengundi Pakatan Rakyat juga. contohnya di Perak, ada penasihat kaum bertaraf Exco. Kerusi ADUN tak ada, tapi ada dapat pula.

    Bagaimana? Perlukah mengundi?

  5. 5 timbang digital

    1)Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Sultan Kelantan dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
    2)Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan
    3)Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

  6. 6 timbang digital

    Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).

    Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu
    5)Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

    Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

  7. 7 syah

    Assalamualaikum…
    Buat rakyat Malaysia…x kira penyokong kerajaan atau pembangkang…soal rukun negara bukan soal politik…jadi…jangan gadaikan negara demi kepentingan fahaman masing2. Ia bukan menurut tafsiran sendiri. Ia menurut konsep Malaysia. kalau ini puun kita perlekehkan…x mustahil kita bakal dijajah.mgkn bukan scr tawanan wilayah…tapi proxy…lihat saja afghanistan…kerajaan proxy AS, singapore dll…sedarlah…

  8. 8 popo

    So, apa peranan kerajaan dan pemerintah dalam usaha mendidik generasi sekarang memahami rukun negara….Melaka negeri tak beraja…kalau pembangkang menang next election, bukan melayu akan jadi Ketua Menteri, macam Penang….

  9. 9 pendekar rakyat

    Salam Tok ali,
    kenapa nak utamakan raja terhadap undang- undang berbanding Tuhan didalam Rukun Negara?
    adakah Allah tidak berperanan dalam menentukan hidup hamba Nya?
    Punca kekalutan akhlak, moral dan tingkahlaku bukannya datang dari taatnya kita pada rukun Negara tetapi pada sikap kita terhadap tuntutan Allah yang mahu urusan pentadbiran negeri/ negara ditadbir mengikut kehendak Nya berlandaskan Al-Quran. Ini perjuangan HAKIKI. bukanlah perjuangan menegakkan bangsa!

  10. 10 alfahd

    Assalammualaikum Datuk Seri,

    Didoakan semoga sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk memimpin rakyat dan negara ke jalan yang diredhaiNya.

    Di dalam saranan “Hayati dan Fahami Ikrar Rukun Negara” terasa sedih dengan gelagat segelintir rakyat yang kelihatan begitu zalim sifatnya.

    Melalui isi hatinya kepada akal dan pemikirannya seterusnya kepada perkataan dan mungkin perbuatannya. Apakah niatnya???. Sila lihat disini >>> http://kerajaanrakyat.com/?cat=470

    Pada pendapat saya, budaya negatif ini bukannya Warisan Islam dan juga Warisan Melayu.

    Apa pandangan Datuk Seri mengenai perkara ini?

    Ayuh bangkit berjuang!
    Berjuang demi Islam, Melayu dan Tanahair tercinta ini…

Leave a Reply